Tuesday, 7 January 2014

Antara Honda dan Toyota

Minggu lepas, kawan pulang ke kampung. Kampung dekat sahaja boleh lah balik selalu l. Balik mestilah dengan memandu kereta vios 2003 kawan yang boleh kira otai tu. Sampai rumah, belum habis penat lagi, orang tua dah bertanya. Minta carikan kereta MPV baru. Dalam kepala kawan, exora or grand livina.

Tapi malangnya , orang tua kawan tak berapa suka jenama nissan, proton plak dah ada kat rumah. Bapak kawan minta carikan estima. Wah, bukan main sejak pencen ni nak kereta besar2 pulak. Kawan hanya tergelak sakan, tapi terus diam bila maam (mak) cakap jangan main-main.

Bincang punya bincang, kawan baru tahu mak nak tukar city dia tu. City tahun 2011 warna silver. Kereta tu mileage rendah lagi. Kenapa pulak nak jual tiba-tiba? Mak bagi tahu kereta city ni minyak dia boleh tahan sampai dia pun tak tahan. Cepatnya turun bar minyak. Memangla kan dah kereta sporty pakai gear ala formula one.Kawan tak kisah tapi pun kurang setuju sebab nanti takde untung nak rolling balik kat kereta baru. Tapi my mother dah insist nak beli gak. Die pun cakap kereta tu panjang sangat.

Setelah bincang lagi, kawan pun diarahkan untuk mencari kereta MPV tu. Destinasi pilihan mestilah di Batu Pahat. Di situ ramai kawan-kawan yang jual kereta. Boleh la minta komisen sikit-sikit, tak gitu. Nak cepatkan cerita, kawan pun jumpa seorang member di Batu Pahat. Dia pun mulakan tugas-tugas sebagai salesman merangkap ejen kereta recond di Batu Pahat.

Mula-mula kena cari kedai yang nak beli kereta Honda ni. Lepas tu pergi Bank tanya baki pinjaman dan barulah nak cari kereta.Macam ginilah rupanya kereta Honda mak kawan tu...



Dulu masa beli oh bukan main nak lagi, sekarang tak tahan maintenance tinggi. Hehehe

Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Perlu hilangkan kekalutan dan mencari kejayaan dan keredhaan.

Selamat Tahun Baru 2014


Sunday, 29 December 2013

ANTARA YANG TERANG DAN TERSIRAT

Esok hari terkahir untuk tahun 2013 dan bermulalah 2014. Tertutuplah buku 2013 yang penuh dengan suka serta duka dalam Malaysia dan hidup kita semua. 2013 penuh dengan peristiwa yang besar dan ada yang amat menyentuh hati kita. Dari Kejadian di Lahad Datu, Pilihanraya ke-13, Taufan Haiyan , Banjir di Pahang  dan banyak lagi. Tetapi apa yang agak menarik hati penulis adalah peristiwa yang dikatakan akan berlaku esok malam di ambang tahun baru. Ya, Perhimpunan Untuk Menggulingkan Kerajaan.

Bagi penulis, amat hairan jika kita ingin mencotohi Thailand , Mesir, Tunisia atau Syria. Isu yang dibangkitkan adalah atas dasar kos hidup, kerajaan yang bergelumang dengan rasuah dan pelbagai lagi. Sebagai seorang yang memerhati bagi penulis, kenaikan kos hisup pada hari ini amat pasti kerana orang yang menguasai pasaran dunia bukan orang Malaysia tetapi orang luar. Minyak sebagai contohnya. Harga minyak tiba-tiba boleh menjulang naik hanya kerana statement  Presiden Amerika Syarikat kononnya ingin menyerang Syria. Terus terang kita lihat harga minyak dunia terus naik dengan mendadak.

Walaupun kita pengeluar minyak tetapi kita bukanlah pengeluar minyak yang besar seperti negara-negara Timur Tengah. Cuma kita bersyukur kerana kualiti minyak kita amat tinggi. Maksud penulis sebenarnya, bukan kerajaan yang mengusai segala-galanya tetapi pihak asing. Walaupun begitu kerajaan hanya mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen seliter untuk Ron 95 dan Diesel. Memang kita terasa tinggi tetapi bagi penulis kita masih mampu berbanding harga yang ditetapkan negara-negara jiran lain.

Kos sara hidup memang menjadi bahan utama dan agenda penting untuk memenangi hati rakyat. Kos di Malaysia mula meningkat tetapi masih terkawal. Kerana setakat ini di tempat penulis, harga barang keperluan masih terkawal dan tidak berubah. Cuma harga-harga barang di kedai-kedai runcit yang meningkat di tempat penulis,jika dibandingkan dengan pasaraya besar amat jauh sekali. Jadi penulis berpendapat lebih baik berbelanja di pasaraya besar berbanding di kedai runcit. Sekarang ini, kita perlu menyenaraikan barang yang hendak dibeli dan mula membuat perbandingan harga.

Kita juga tidak boleh hanya menyalahkan kerajaan. Kita juga perlu inisiatif sendiri. Penulis juga menganggap pengenalan GST juga amat baik buat masa ini cuma janganlah letak terlalu tinggi. Ia baik untuk mengelak peniaga-peniaga yang suka lari dari membayar cukai. Penulis berharap kerajaan mengkaji semula untuk memberi amaun yang sepatutnya sebagai pengenalan kepada semua rakyat.

Kerajaan juga perlu dan sudah mula mencari alternatif tenaga baru selain bahan api fosil untuk menjana elektrik. Ini sedikit sebanyak dapat mengawal tarif elektrik. Penulis faham, kenapa TNB menaikkan tarif, kos arang batu sudah meningkat naik dan kita bukannya ada sumber arang batu, ianya diimport. Jika TNB menanggung banyak kos tersebut tanpa ada keuntungan, meraka juga tidak dapat melabur untuk teknologi baharu pada masa hadapan. Rakyat perlukan masa untuk segala kenaikan janganlah terlalu mendadak.

Isu kenaikan tol juga sering kali dimainkan sekarang ini. Dalam FB atau twitter pelbagai tomahan dikenakan kepada kerajaa. Betul, kerajaan mengawal tetapi syarikat konsesi juga boleh dengan sesuka hati menaikkan harga tol. Apabila dilihat kembali tol yang naik semuanya di negeri dikuasai pembangkang. Penulis tahu kenaikan kos di Selangor kerana keluarga mertua menetap di sana. Harga tol Plus masih dikaji. Mengapa di negeri lain tidak naik tetapi hanya di Selangor. Itupun timbul banyak persoalan.

Perhimpunan Menggulingkan Kerajaan

Yang penting sekarang kita perlu berjimat dan mula berhemah dalam pembelian. Penulis yakin siapa pun naik sebagai kerajaan tidak akan berjaya mengawal kos sara hidup ini. Walaupun digembar-gemburkan sebagai mesra rakyat dan berkebajikan. Penulis tidak kisah semua itu, tetapi kita adalah rakyat dan perlu terus hidup walau sesiapa pun yang menang.

Penulis amat tidak bersetuju dengan perhimpunan menggulingkan kerajaan. Ini bukan penyelesaian. Malaysia sudah aman dan kita tidak boleh mencotohi Mesir, Thailand dan Syria. Isu disini bukanlah isu yang besar cuma seperti memuaskan nafsu dan hati yang kecewa kerana bukan semua rakyat Malaysia menyokongnya. Apa yang penulis nampak, ia bakal memusnahkan harta awam, mengorbankan nyawa dan melahirkan negara yang tidak selamat. Bukan semua kerajaan digulingkan berjaya dan masa untuk memulihkan negara jika kucar kacir bukan sehari dua tetapi puluhan tahun. Kejatuhan Suharto di Indonesia, ekonomi Indonesia merudum, Kejatuhan Marcos di Filipina , juga memberi impak yang sama serta Kejatuhan Pemimpin Arab Afrika yang membuktikan ekonomi mereka hancur.

Di Malaysia ini, jatuhnya kerajaan dan naiknya kerajaan perlu mengikut sistem pilihan raya. Penulis yakin ramai yang meneyertai perhimpunan ini adalah anak muda yang tidak pernah merasai kesusahan dan tidak berada semasa zaman kemelesetan di Malaysia dulu. Bersabarlah dan jangan mengikut nafsu. Kerajaan sekarang tidak zalim dan tiada penghapusan etnik dan penindasan yang berlaku, semua orang bebas melakukan segalanya asalkan mengikut undang-undang, tiada sekatan untuk berkata apa sahaja . Hanya kos dan kitidakpuasan hati pada pemimpin yang dibangkitkan pemimpin pembangkang.Penulis tidak kata apa yang dibuat pihak kerajaan semuanya betul tetapi tidak bersetuju dengan cara berdemo. Merugikan masa dan wang ringgit. Penulis berharap agar pihak polis berjaya membendung dan mengawal keadaan.

Bukan semua rakyat Malaysia suka tindakan kerajaan sekarang ini tetapi bukan semua yang menyokong demonstrasi gulingkan kerajaan. Keamanan untuk Malaysia selamanya....